ika benar
hati ini cinta padamu
wahai junjunganku
mana buktinya
mana getarnya
mana ghairahnya
mana rasanya
mana rindunya
atau sekadar
mulut yang berkata
tanpa ada bukti
maka apa benar
ini yang dikatakan cinta
Andai benar
diri ini cinta padamu
wahai sanjunganku
maka setentunya
akhlakku semurni akhlakmu
imanku sekukuh imanmu
amalku sesuci amalmu
walau tidak setanding
namun andai ada
walau secebis
walau secubit
walau setitis
peninggalan keindahan
akhlakmu
imanmu
amalmu
ketahuilah wahai kekasihku
itulah sahaja yang mampu
untukku nyatakan
betapa aku cinta padamu
Selawat dan salam
aku iringi setiap detik
namamu bermain diingatan
terukir pada senyuman
terpancar pada wajah-wajah
terpahat di fikiran
terluah di pertuturan
seluruh penghuni alam
yang ingat
yang lupa
sebanyak-banyaknya